Akaun danamasjid1.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


    ‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”

    (Hadith riwayat Muslim)

     


    Masjid yang menjadi rumah Allah sesungguhnya perlu benar-benar diperkasakan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa mengikut realiti zaman tanpa mengubah asolah dan matlamat masjid yang perlu dikekalkan sifat kemasjidannya.

     

    إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

     

    Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

     

    (Surah al-Taubah: 18)







    Sebenarnya, ruang yang padat serta infrastruktur yang uzur akan menyebabkan sesuatu Masjid itu kurang mendapat sambutan terutamanya golongan muda. Pihak Masjid semestinya ingin menyediakan suasana yang lebih kondusif untuk Jemaah setempat beribadah dan juga melakukan pelbagai aktiviti keagamaan






    Marilah kita membantu penduduk Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu ini agar mereka dapat menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna dan selesa.

     

    Sesungguhnya, “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

     

    MasyaAllah, sesungguhnya Allah telah berjanji untuk membina mahligai di Syurga buat para pewakaf yang bersedekah kepada pembinaan Masjid

     

    Ini adalah peluang yang perlu kita gunakan bagi membantu penduduk di Kampung Pasir Kasar ini. Pahala akan terus mengalir selagi mana penduduk menggunapakai Masjid ini untuk beribadah.




    Alhamdulillah sehingga kini Pembinaan Masjid Al-Mahmoodi telah mencapai tahap 50% kesiapan.


    Terima Kasih diucapkan buat semua penginfaq. Semoga dengan infaq yang diberi kita dapat melihat terbinanya Masjid ini dengan lebih cepat.

     

    Teruskan memberi sokongan kepada Pihak Masjid Al-Mahmoodi




    Hasrat pewakaf tanah ini hanya satu iaitu dapat melihat terbinanya Masjid Al-Mahmoodi ini sebelum beliau menutup mata.

     


    Kepuasan dan kegembiraan hanyalah dengan melihat Masjid Ini diimarahkan oleh penduduk setempat.

     

    Sesungguhnya dengan mewakafkan tanah untuk binaan Masjid ini merupakan sesuatu yang diimpikan oleh semua orang, namun tidak semua yang mampu melakukannya. 


    KEAJAIBAN DALAM BERSEDEKAH

    (Semakin kita memberi, semakin banyak kita akan menerima)



    Justeru, marilah bersama bukan hanya membina masjid tetapi membina pusat dakwah serta menjana saham akhirat anda kelak!



     


    Salurkan sumbangan anda ke:

    Bank : AGRO BANK

    Nama : MASJID AL-MAHMOODI

    No Akaun : 1007 5510 0000 9198

     Referrence : Projek Wakaf Masjid