PELUANG TERAKHIR ANDA SEMPENA 4MALAM TERAKHIR RAMADHAN UNTUK BERINFAQ/MEWAKAFKAN
KEPADA MASJID AL-MAHMOODI KG, PASIR KASAR, SERING, KELANTAN
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“ (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) , baik di waktu lapang maupun sempit , dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan . ” (QS. Ali Imran: 134)
GANJARAN INFAQ HARTA PADA JALAN ALLAH
Setiap umat islam pasti mahukan pahala yang berkekalan dan terus mengalir walaupun mereka sudah meninggal dunia. Antara amalan yang dapat memberikan pahala yang berterusan ialah sedekah jariah.
Rasulullah SAW bersabda :
" Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya ”
LATAR BELAKANG MASJID AL-MAHMOODI
Masjid Al-Mahmoodi ini terletak ditengah perkampungan Kg. Pasir Kasar, Sering,Kota Bharu, Kelantan memerlukan dana sebanyak RM 690,000.00 bagi menampung kos pembinaan menaiktaraf madrasah kepada pembinaan Masjid iktikaf Al-Mahmoodi.
Pembinaan masjid ini adalah diatas tapak madrasah lama. Madrasah ini hanya mampu memuatkan jemaah seramai 50 orang sahaja. Manakala untuk masjid yang baru hendak dibina ini mampu memuatkan jemaah seramai 150 orang.
TUJUAN PEMBINAAN MASJID AL-MAHMOODI.
Penduduk kampung Pasir Kasar, Sering, sangat memerlukan sebuah Masjid yang moden dan lengkap untuk kegunaan penduduk tempatan, ini kerana dikampung tersebut cuma ada madrasah ini sahaja yang dibina 57 tahun yang lepas iaitu pada tahun (1965). Kedudukan madrasah sekarang terlalu hampir dengan jalan utama yang boleh menimbulkan keadaan bahaya kepada jemaah.
Dengan kewujudan masjid baru ini akan memberi keselesaan kepada Jemaah untuk beramal ibadat dan dapat melakukan pelbagai majlis ilmu yang dapat mendidik generasi, muda dan kanak-kanak kearah pembangunan kerohanian.
LOKASI MASJID YANG AKAN DIBINA
- Ruang solat Lelaki dan Perempuan
- Tempat Wuduk Perempuan
- Tandas Perempuan
- Tempat Wuduk Lelaki
- Stor
2. Bangunan Tandas Lelaki Berasingan
3. Menara Berkembar
4. Pagar
DESIGN MASJID AL-MAHMOODI YANG AKAN DIBINA
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda mengenai keutamaan dan kelebihan membina masjid:
عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه الإمام ابن ماجه}
Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.
SURAT SOKONGAN DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK)
